Tuesday, October 13, 2009

NIAT-NIAT SEMBAHYANG SUNAT, SEBELUM DAN SELEPAS SEMBAHYANG FARDHU

Niat-niat sembahyang yang tertera di laman ini adalah sebagai asas serta sebutan dan ejaan dalam Bahasa Melayu, Untuk lafaz serta sebutan lebih sempurna hendaklah bertanya kepada guru-guru agama atau membaca buku-buku agama yang bersangkutan.

NIAT SEMBAHYANG SUNAT SUBUH

Usalli sunnatal subhi raka'ataini lillahi ta'ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat subuh dua rakaat kerana

Allah Ta'ala.

* Dilakukan sebelum Solat Subuh sebanyak dua rakaat.

NIAT SEMBAHYANG SUNAT SEBELUM SOLAT ZOHOR

Usalli sunnatal zuhri raka'ataini qabliyatan lillahi ta'ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat zohor dahulunya dua

rakaat kerana Allah Ta'ala.

* Dilakukan sebelum Solat Zohor sebanyak dua rakaat.

NIAT SEMBAHYANG SUNAT SELEPAS SOLAT ZOHOR

Usalli sunnatal zuhri raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat zohor kemudiannya dua

rakaat kerana Allah Ta'ala.

* Dilakukan selepas Solat Zohor sebanyak dua rakaat.

NIAT SEMBAHYANG SUNAT ASAR

Usalli sunnatal asri raka'ataini lillahi ta'ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat asar dua rakaat kerana

Allah Ta'ala.

* Dilakukan sebelum Solat Asar sebanyak dua rakaat.

NIAT SEMBAHYANG SUNAT MAGHRIB

Usalli sunnatal maghribi raka'ataini lillahi ta'ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat maghrib dua rakaat kerana

Allah Ta'ala.

* Dilakukan selepas Solat Maghrib sebanyak dua rakaat.

NIAT SEMBAHYANG SUNAT SEBELUM SOLAT ISYA'

Usalli sunnatal isya'i raka'ataini qabliyatan lillahi ta'ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat isya' dahulunya dua rakaat

kerana Allah Ta'ala.

* Dilakukan sebelum Solat Isya' sebanyak dua rakaat.

NIAT SEMBAHYANG SUNAT SELEPAS SOLAT ISYA'

Usalli sunnatal isya'i raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat isya' kemudiannya dua

rakaat kerana Allah Ta'ala.

* Dilakukan selepas Solat Isya' sebanyak dua rakaat.

No comments:

Post a Comment