Friday, October 23, 2009

Guru, Jasamu Disanjung Tinggi


Jasa guru memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Demikianlah betapa besarnya jasa & pengorbanan insan yang bergelar guru. Guru telah menyinari kehidupan kita, memberi kita tunjuk ajar dalam menempuhi liku-liku hidup - "Guru, engkaulah pelita hidup kami"

Namun, hari demi hari, guru semakin diperlekehkan. Akhir-akhir ini, kita melihat laporan media yang agak merisaukan mengenai hubungan antara guru & pelajar. Minggu lepas tentang laporan pelajar-pelajar di Sarawak didenda dengan direndam. Kini timbul pula laporan bagaimana di Johor seorang guru dicekik pelajar.

Adakah semua yang berlaku di atas adalah disebabkan oleh guru tersebut yang sengaja bertindak di luar kawalan ataupun bertindak setelah peraturan yang ditetapkan oleh guru tidak dipatuhi pelajar? Guru semakin diperlekehkan oleh pelajar & mereka melihat seolah-olah para guru adalah penggelap masa depan.

Jauh beza antara guru sekarang jika dibandingkan dengan guru masa lalu. Perbandingan adalah dari segi penghormatan yang diberi oleh masyarakat kepada kelompok yang bergelar guru. Suatu masa dahulu, guru disanjung tinggi, setaraf dengan pemimpin, menteri (mereka yang berharta). Sekarang, guru diancam oleh para ibu bapa. Halnya, kerana merotan anak mereka yang dianggap 'malaikat' di rumah. Kemana perginya martabad seorang guru yang pernah disanjung tinggi suatu masa dahulu?? Fikirkan..

No comments:

Post a Comment