Friday, October 23, 2009

Berakhirnya Sebuah Perjalanan Di UPSI

Sejarah bermula pada 2 Julai 06 yakni bersamaan hari Ahad. Ketibaan ku di daerah Tanjung Malim (TM) bersama semangat yang berkobar-kobar untuk memperoleh segulung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik diiringi dengan cuaca yang begitu baik. Keberangkatan ku dari KL lebih kurang jam 9pg dan setibanya di TM pada pukul 1030pg. Kesesakan yang terlampau telah menyebabkan kami tersadai hampir setengah jam di tol TM.

Aku telah ditempatkan di Kolej Ungku Omar (KUO) sepanjang 2sem awal aku di UPSI. Kemudian, aku menarik diri & berpakat untuk menginap di luar kolej bersama 8 lagi rakan-rakanku yang lain. Hari berikutnya (Isnin), dimulakan dengan sesi Suai Kenal (Orientasi) UPSI. Aku amat teruja dengan kawasan, persekitaran UPSI yang boleh dikatakan agak luas jugak la. Mggu orientasi selesai dan bermula lah kehidupan ku sebagai pelajar UPSI. Setiap pagi, aku terpaksa berebut dengan puluhan kaum hawa untuk menaiki bas ke kuliah. Namun, daya ketahanan ku tidaklah setebal mana. Mggu ke-3, aku terus membawa motor dan keadaan lebih selesa menuju ke kuliah.

Pelbagai kenangan manis & pahit yang aku sendiri pun dh hmpir terlupa sepanjang kehidupan ku di UPSI ini. Kenangan pahit yang aku xleh lupa, 3x aku accident sepanjang menunggang motor di UPSI. Kalau la jln tar 2 blh berkata-kata, msti beliau akan berkata begini - "Muka ko lagi? knapa ko ske sgt cium aku?" Dari asalnya aku yang xde parut, dh jadi mcm tatoo dh kat anggota bdn aku ni. Tapi, xpela, dari insiden itu jugak la, aku belajar erti ungkapan "berhati-hati di jalan raya"

Sekarang, aku cuma menghitung hari mengira saat2 ku di UPSI ini. Amat sedih rasanya hatiku ini untuk meninggalkan UPSI. Aku doakan rakan-rakanku berjaya memperoleh Ijazah. Jangan sia-siakan setiap perbuatanmu.. Wassalam..

2 comments: