Friday, October 23, 2009
Manusia Sebagai Khalifah Muka Bumi
Guru, Jasamu Disanjung Tinggi
Jasa guru memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Demikianlah betapa besarnya jasa & pengorbanan insan yang bergelar guru. Guru telah menyinari kehidupan kita, memberi kita tunjuk ajar dalam menempuhi liku-liku hidup - "Guru, engkaulah pelita hidup kami"
Berakhirnya Sebuah Perjalanan Di UPSI
Wednesday, October 14, 2009
Penyakit Sosial, Keruntuhan Akhlak dan Moral Kritikal
Monday, 13 April 2009 00:14 Wan Kay
Kuala Nerus - Pemerintahan yang tidak berlandaskan syariat Islam serta pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas punca berlaku gejala sosial yang semakin kronik.
Islam telah menggariskan hukum yang terbaik bagi manusia bagi mengawal tingkah-laku serta perangainya.
Pengerusi Tetap Dewan Ulama’ PAS Pusat, Ustaz Mohd Hamdam Mohamad berkata punca berlaku penyakit gejala sosial yang semakin tidak terkawal akibat meninggalkan pelaksanaan syariat Islam.
Katanya, hukum Islam tidak dilaksanakan dengan sempurna serta dipersendakan hudud dan qisas.
“Gejala sosial di Terengganu dan di seluruh negara kini berada ditahap membimbangkan.
“Ini berpunca dari meninggalkan ajaran Islam termasuk hukum hudud dan qisas dipersendakan,” ujarnya.
Selain itu, katanya keruntuhan moral dan akhlak di kalangan rakyat dan masyarakat juga berkait rapat dengan sistem pendidikan negara.
Menurut Ustaz Hamdam sistem pendidikan negara yang tidak berorentasikan kepada Islam melahirkan insan yang tidak bermoral.
“Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara sejak lebih 50 tahun merdeka melaksanakan Islam dalam bentuk tempelan sahaja.
“Islam Hadhari bukan pendekatan Islam sebenar dan hanya sekadar ‘projek politik’ Tun Abdullah Ahmad Badawi,” ujarnya.
Katanya, penyelesaian masalah gejala sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan remaja hari ini perlu kembali kepada Islam sebenar.
USTAZ AZHAR IDRUS
Aku mmg ske sgt2 dgr Ustaz ni memberi kuliah. Wlupun beliau merupakan rkyt jelata Terengganu & loghat terengganunya begitu pekat, aku msh blh mmhami setiap patah ayt y ingin disampaikan. Pernah je die dtg menyampaikan kuliah maghrib kt tmpt aku, Masjid Cenderawasih, Kuantan (10mnt dr umh). Tp, sygnya, wktu 2 aku blum mengenali beliau. Klau x, blh gk aku g dgr secara live. Skang ni, aku duk dgr dr Youtube jela. InsyaALLAH mudah-mudahan tergerak la hati aku ni nk mengikut dengan ikhlas segala isi kandungan Kalam ALLAH yakni AL-QURAN..
Pelajar Perempuan Melayu Ponteng Sekolah
Petikan hmetro.com.my 12.2.2009
GOMBAK: Rahsia seorang gadis tidak hadir ke sekolah sejak dua minggu lalu akhirnya terbongkar apabila dia didapati mengikut teman lelakinya sebelum dirogol dalam satu kejadian di Taman Usaha Jaya, Kepong, Isnin lalu.
Gadis berusia 15 tahun itu dikatakan tidak hadir ke sekolah selepas cuti Tahun Baru Cina dan perbuatan itu akhirnya diketahui apabila guru sekolah terbabit dikatakan memaklumkan perbuatan gadis berkenaan kepada ibunya.
Difahamkan, selepas didesak ibunya, gadis itu kemudian menceritakan yang dia selama ini ponteng sekolah kerana mengikut teman lelaki yang berusia 17 tahun.
Menurut sumber, gadis itu turut membuat pengakuan mengejutkan kepada ibunya apabila mendakwa melakukan hubungan seks berkali-kali dengan remaja lelaki terbabit sepanjang mereka keluar bersama dalam tempoh dua minggu itu.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua remaja itu baru berkenalan sejak Januari lalu dan remaja lelaki terbabit adalah seorang penganggur,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.
“Sehubungan itu polis sudah menahan seorang remaja lelaki bagi membantu siasatan dalam kes terbabit dan dia kini direman sehingga 16 Februari ini.
“Gadis itu mungkin termakan pujuk rayu teman lelakinya yang menabur pelbagai janji manis dan akhirnya mereka terjebak dalam perbuatan tidak bermoral itu,” katanya.
P/s: pe nk jd nth ngn bdk2 zmn skang.. pning la kpla aku nnt =(
•ƒ•L•Y•ƒ•ƒ• (Fly For Fun) Online Game
Nama game ni FLYFF. Aku stat men game ni msa pertengahan sem 3. Mmg addict die lg truk la dr aku men mafia wars. Game ni game online & graphic pn chantek. Bygkn smpi aku snggup x tdo & spend plg krg 4 jam kt dpn komputer ngn matlamat nk nek lvl cpt. Mmg ternyata character aku yang paling tinggi lvl lam umah ni – lvl 100 tu.. TERBAIK..!!
Bygkn aku pnya addict men game 2 smpi result sem 3 aku jtuh merudum gk la nk bnding ngn sem2 laen. Tp, skung ni, game 2 da tinggal kenangan sbb aku pn da xlrt nk leveling & duit aku pn dah cecah 3 bilion. Jd, dh xde pe rsanya aku nk kjar lg kot lam game ni.
Cuma skung ni aku nk cri pembeli duit aku yang 3 bilion tu. Rmai dh y buat bisnes ni. Dieorg sme pakat trade duit dalam game flyff ni dan pembeli e2 akan memasukkan duit btul (Ringgit Malaysia) ke dalam akaun bank kita. Risiko sket la nk buat bisnes ni sbb kita mgkin akan ditipu. Masalah utama skung, game ni game online international & satu dunia men game ni. Nk cri player dr Malaysia 2 y ssh sket. Xlma lg, mgkn terkubur cmtu gk 3 bilion aku 2. Klau de spe2 y berminat, leh la msg aku nk bli.
Harga sebenar: 100 juta penya (nama matawang dlm game flyff) = RM50